Tuesday, 10 December 2013

Buat bakal-bakal sekalian...

Bismillah.. 

Nah, untuk kamu. 

Belek-belek draft jumpa ayat ni. 

Unpublish post. 

Reason? 

Because I think, this is way too jivang. 

But still.. I save it. Why ? please ask me 1 year before this post

"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku..."





Copyright? tak dapat dikesan. 

Tetiba terpikir, aih untuk bakal imam aje...? 

How about life after marriage?

Then.......

*In the middle of writing , the writer becomes overly creative*

Buat bakal anakku, akan ibu persiapkan diri sebelum ibu melahirkanmu, agar tibanya saat kelahiranmu, ibu takkan memalukanmu dengan dosa-dosa ibu, dosa aurat ibu, dosa lidah ibu..

Ibu mengharapkan soleh/solehahmu, meskipun ibu bukanlah solehah, akan ibu cuba menjadi ibu yang solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Ibu impikan solat jenazah ibu diimamkan seorang imam kepada seorang lelaki bernama anak ibu. Yang ingin ke syurga itu ibu..."



*The creative syndrome won't just stop there. So it continues to be..  *

"Buat bakal muridku, akan ku persiapkan diriku sebelum ku mengajarmu, agar tibanya saat pengajaran dan pembelajaran itu, aku takkan memberatimu dengan kecetakan ilmuku.. 

Aku mengharapkan yang terbaik dari mu, meskipun aku bukanlah yang terbaik  , akan ku cuba menjadi guru yang baik, penyejuk mata, pendamai minda mu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan hidupku sebagai seorang bekas guru kepada orang ternama, orang berjaya. Yang ingin mengajar itu aku..."


*It just..... won't stop.. *

"Buat bakal mutarabbi-ku, akan ku persiapkan diriku sebelum ku menemui kamu, agar tibanya saat bulatan gembira itu, aku takkan memberati kamu dengan kedangkalan pengetahuan-ku.. 

Aku mengharapkan solehah kamu, meskipun aku bukanlah solehah , akan ku cuba menjadi murobiyyah yang ikhlas semata-mata kerana Allah, penyejuk mata, pendamai jiwa kamu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan hidupku sebagai seorang daie kepada daie yang lain.. "Yang ingin menjadi solehah itu aku..." 


.
.
.
.

*Then, the writer feels sleepy*


Sayonara, Assalamualaikum. 

2 0 comments:

Unknown said...

way too jivang :3

Miss Irah said...

de cropper : wow, someone do notice that. *tgn ke bahu, mata ke ats*