Monday, 21 May 2012

Susah ke nak buat baik ?


Bismillahirrahmanirrahim.. 


Entry yang langsung tak dirancang pembikinannya.. 


Buat baik susah ker ? susah jugak... 

"nanti apa orang cakap kalau nampak baik sangat..."

" nanti orang cakap aku ni budget alim post-post hadis kat fb.. errmm tak jadi lah... "

"nak pakai baju besar-besar ? nanti selekeh... apa orang cakap?"

" ish.. mak cik ni takder tempat duduk.. takkan aku nak bagi.. orang lain buat bodoh jer.. ? emm buat tak tau jugak lah " 


Pernah berlaku pada anda ? jom refleks diri.. :)


tanya diri kita... " kita buat baik kerana siapa ? kerana manusia ? atau kerana Allah s.w.t? "

tanya lagi diri kita " Pandangan siapa lagi penting .. Allah ker manusia ? "


ok.. dah jawab ? rasanya semua jawab kerana Allah s.w.t.. so kalau semua kerana Allah senang lah kita nak berbuat kebaikan... letak tepi dulu pandangan insan asal kita tau apa yang kita buat betul berlandaskan syariat.. :D 

Tapi bila kita buat salah kita kenalah berlapang dada terima nasihat... jangan jadi *odoh sombong pulak...takmo dengaq cakap oghang.. :P 


A Picture to Ponder     
" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui
Al- Baqarah : 216



Ps : Muhasabah diri di malam Isnin yang esoknya ada paper Linguistic. 

Thursday, 17 May 2012

Jangan Pandang Belakang

Bismillahirrahmirrahim...
Alhamdulillah... Syukur pada setiap nikmat yang kita dapat.. kadang aku terfikir.. betapa kita lalai dalam mengingat Allah.. bangun tidur jarang sekali nak ada feeling syukur pada Allah sebab Dia bagi lagi peluang hidup untuk kita bertaubat.. jarang nak ada rasa syukur lepas makan sebab Allah bagi rezeki.. jarang nak ada rasa syukur atas nikmat iman dan Islam.. paling simple jarang sekali nak ada rasa syukur lepas berjaya buang angin.. ==' kalaupun rasa..hanya sepintas lalu.. dalam masa tak sampai seminit.. terus lupa... peringatan buat diri yang lalai ni.. ( diri aku la bukan ko.. )

Alhamdulillah for me.. Innalillah for the bird.
Terdetik dihati bila terbaca artikel di ILuvIslam tadi.. baca kisah-kisah yang boleh sedarkan kita.. yang boleh buat kita lebih bersemangat untuk berubah ke arah yang lebih baik.. lebih semangat untuk mencari hidayah-Nya.. ya ayat aku diatas mungkin nampak cliche tak modern.. lapuk.. tapi tulah kebenaran dia.. 

Tau tak kita sebenarnya ego nak membenarkan setiap perkara yang berlaku bila perkara tu tak sealiran dengan kita.. ?

contoh yang paling jelas yang aku boleh bagi : 

situasinya bila anda, kau, kamu mempunyai kekasih hati dan sentiasa contact tanya khabar.. selalu mengukir janji manis untuk bersama.. then tetiba bila on9..scroll scroll down home fb.. nampak ada orang post artikel pasal " Haram Couple Dalam Islam " agak-agak lepas baca korang terus putus ke tak ( in case kalau baca la ) agak lepas baca nak share kat orang tak pasal benda tu ?.. kalau ada..Alhamdulillah.. tapi based on pengalaman hidup aku selama 2.0 tahun ni.. sukar.. sukar sekali... 

I Wasn't like what the article said.. I am a lot better,
kita lebih selesa untuk legakan hati dengan ayat penyedap perasaan yang berbunyi : 

 " arghh.. percintaan aku tak sama dengan orang lain.. aku punya baik siket dari orang lain..aku tak jumpa pun dia.. message message jer.... " 

tulah dia contoh ego... aku bagi contoh situasi diatas tu bukan sebab aku bias or penentang tegar orang bercinta.. hakikatnya...aku pernah rasa situasi tu.. ego nya aku dengan ketentuan Dia ... Astagfirullah..:'(

Dalam perspectif yang lain.. kita macam memilih untuk buat apa yang Allah suruh.. kalau rasa nak buat yang ni buat.. kalau rasa benda tu tak ngam.. tak nak buat.. dan harapkan Allah bagi hidayah untuk ko berubah jadi lebih baik sedangkan usaha untuk itu seciput pun tak de.. teringat quote :

" if u wanna get what u are dream for, wake up first and stop dreaming" 


tu lah situasi dia.. pokok pangkalnya berbalik pada diri kita sendiri.. 


dan bila dah bangun.... terus jalan kehadapan.. jangan pandang belakang.. get ready for the next challenge.. 

One friend of mine pernah cakap.. bukan senang nak berubah.. banyak harga yang perlu dibayar.. sebab tiket nak masuk syurga bukan murah... 

disebabkan kata-kata ini.. aku tekad untuk kumpul harta.. nak jadi kaya sebab nak beli tiket ke syurga.. doakan aku untuk terus istiqomah dalam perjalanan ini.. dan doakan aku untuk tidak pandang belakang lagi .. bahaya.. nanti jatuh tersadung cium tanah.. 


La Tahzan.. Innallaha ma'ana
Aku pernah jadi gadis,
Aku pernah jadi perempuan,
Kini, biarkan aku jadi muslimah..