Tuesday 3 December 2013

Aku dan kerusi.

Bismillah.
Semalam, sedang aku kusyuk menonton cerita City Hunter sambil makan kerepek pisang, seisi rumah tiba-tiba dikejutkan dengan dentuman kuat.

Semua saling pandang memandang antara satu sama lain mencari punca dari mana datang bunyi tersebut.

Rupanya ada orang jatuh kerusi.

Akulah orang tersebut.

Aku sendiri pun tak perasan aku jatuh kerusi.
Ianya berlaku secara tiba-tiba.

Yang aku sedar aku dah berada di bawah, sambil tangan ku masih memegang sekeping kerepek pisang.
Aku tanpa segan silu memanggil ma aku. ..

“ Maaaaaa…..!!!! Kusi Patoh….!!!”   ( Maa.. kerusi patah)

Rupanya semua orang dah memandang aku dengan wajah kehairanan. 
Sampai berkerut kening mereka.
Ma, papa, anak sedara aku dua orang (shafiq and shazrul)

Lepas tu.. ahahahahaha!!! ahahahahaha!! ahahahaha!!!

Tersembur gelak mereka, termasuk diri ku juga.

Nasib baik 2 orang musuh aku  sudah tidur . Mizie dan Eddie. My youngest brothers.
Kalau tak aku jamin, Makhluk dua orang ni la insan paling terhibur malam tu.

Keesokannya. Sambil gosok gigi aku memikirkan ibrah dari kejadian malam semalam.

1 ) Manusia takkan selamanya berada diatas, sekali sekala pasti diuji dengan dugaan yang tak disangka-sangka. Jadi semasa berada di langit janganlah kita lupa orang dibumi. 

2 ) Allah boleh tarik nikmat yang Dia bagi bila-bila masa jer.. unexpected, jadi pengajarannya sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi tika susah mahupun senang.. orang yang ingat Allah masa senang pasti akan ingat Allah juga masa susah, tapi orang yang ingat Allah masa susah tak semestinya akan ingat Allah masa senang.

            “ dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila Tuhan memberikan kepada mereka sedikit rahmatNya, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Tuhannya.” (Ar-Rum:33)

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mengingati Allah hanya ketika susah dan melalaikan Allah ketika senang. Amiin…

3) Bersopan lah ketika duduk atas kerusi andaiannya didepan kamu tu ada bakal mak mertua kamu. Eheh. Lepas aku jatuh papa aku cakap camni.

“ Haa tu la, duduk atah kusi tu buke buleh duduk diyye”  ( haa tu la, duduk atas kerusi tu bukan boleh duduk diam-diam)

Aku pulak dengan muka tak puas ati, membebel dalam hati mengutuk kerusi pula.

“Ni bukan salah aku….!!! Kerusi tu memang dah uzur..!!!”

Kalau lah kerusi tu boleh menjawab agak2 dia sokong sape ? papa or aku ?

Begitulah kawan.. adat hidup di dunia. Masing-masing menunding jari tak mengaku kesalahan masing-masing. Eheh.

Akhirnya sampai sudah ke penghujung. Aku kembali menulis sebab nak manfaatkan masa cuti sebulan ni.

Sambil menjaga dari jauh kedua orang anak sedara aku.
Sambil meniaga baju di Muslimah’s Closet.
Sambil menonton semua cerita yang ada dalam simpanan. Cerita yang sebelum ni tak menarik pun dah jadi sangat menarik sekarang ni.

And… That’s all about it.

Sayonara………… sampai berjumpa lagi….. Wasalam. 

2 0 comments:

Unknown said...

hahahha.. btul ke krusi tu da uzur ? XD

Miss Irah said...

iya.. ini semua salah kerusi,.. ahahaha