Monday 21 May 2012

Susah ke nak buat baik ?


Bismillahirrahmanirrahim.. 


Entry yang langsung tak dirancang pembikinannya.. 


Buat baik susah ker ? susah jugak... 

"nanti apa orang cakap kalau nampak baik sangat..."

" nanti orang cakap aku ni budget alim post-post hadis kat fb.. errmm tak jadi lah... "

"nak pakai baju besar-besar ? nanti selekeh... apa orang cakap?"

" ish.. mak cik ni takder tempat duduk.. takkan aku nak bagi.. orang lain buat bodoh jer.. ? emm buat tak tau jugak lah " 


Pernah berlaku pada anda ? jom refleks diri.. :)


tanya diri kita... " kita buat baik kerana siapa ? kerana manusia ? atau kerana Allah s.w.t? "

tanya lagi diri kita " Pandangan siapa lagi penting .. Allah ker manusia ? "


ok.. dah jawab ? rasanya semua jawab kerana Allah s.w.t.. so kalau semua kerana Allah senang lah kita nak berbuat kebaikan... letak tepi dulu pandangan insan asal kita tau apa yang kita buat betul berlandaskan syariat.. :D 

Tapi bila kita buat salah kita kenalah berlapang dada terima nasihat... jangan jadi *odoh sombong pulak...takmo dengaq cakap oghang.. :P 


A Picture to Ponder     
" Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui
Al- Baqarah : 216



Ps : Muhasabah diri di malam Isnin yang esoknya ada paper Linguistic. 

3 0 comments:

Unknown said...

berhijrah kerana Allah.insyaAllah kekal...:-)

Miss Irah said...

insyaAllah. :)

Anonymous said...

istiqamah kunci kejayaan.